Membina Minda Cemerlang

Ogos 30, 2007

MERDEKA!!!(7x)

Difailkan di bawah: Isu Semasa, Uncategorized — muhammadridwanto @ 6:10 am

Salam kemerdekaan,

tinggal beberapa jam lagi,Malaysia yang tercinta ini akan menyambut jubli emas kemerdekaannya.

Setiap warga Malaysia berbangga dengan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi kini. Namun,setiap hari di dada-dada akhbar kelihatan banyak berita yang amat menakutkan kita sebagai warga di bumi yang bertuah ini. Kisah jenayah,pelacuran,kemalangan semuanya membuatkan kita bertanya,apakah kemerdekaan yang kita capai setakat ini membuatkan warga Malaysia berada aman damai serta sejahtera hidupnya??

Itu belum lagi sekiranya kita melihat dan membaca serta menafsir apa yang di paparkan oleh akhbar alternatif seperti Harakah,para blogger serta mereka yang prihatin tentang kebobrokan pemimpin negara. Rasuah di mana-mana,maksiat melata,ketakutan semakin mencengkam setiap rakyat Malaysia…

Maka,apakah nilai kemerdekaan buat kita? Kemerdekaan ini adakah bererti buat kita???

zunarbr2.gif

Saya bukanlah seorang pembangkang tetapi melihat apa yang terjadi dalam negara kini, membuatkan kita berfikir,kepada siapakah rakyat akan mengadu kalau bukan kepada pemerintah. Tetapi kalau pemerintah pun curang dan berfoya-foya malah menjadi penganjur kepada segala kemaksiatan yang berlaku dalam negara, salah siapa??

a.gif

Harus di ingat,negara kita sudah 50 tahun medeka, sang penjajah telah balik ke negara asal, tetapi minda,watak serta kelakuan kebanyakan rakyat Malaysia masih terjajah…kita perlukan pemimpin yang baik di samping syarat yang maha penting kita sendiri perlu menjadi baik….

Apa pun salam kemerdekaan ke 50 Malaysia..dirgahayu Malaysia ku…saya sayang Malaysia,saya akan berkorban demi tanah air yang tercinta ini….

Ogos 29, 2007

Pemuda harapan bangsa

Difailkan di bawah: Kepimpinan — muhammadridwanto @ 2:37 am

dsc07827.jpg

Pada hari, Jumaat sehingga Ahad yang lalu, saya dan rakan-rakan LEADECK (LEADERSHIP DEVELOPEMENT COMMITTE OF KOLEJ TUANKU CANSELOR) ,UTM, menganjurkan kem kepimpinan mahasiswa. Untuk pengetahuan pembaca, LEADECK adalah satu badan bebas di bawah naungan pengetua KTC,UTM diwujudkan sebagai satu badan untuk melatih pemimpin kolej.

Pengalaman menjadi peserta,fasi dan urusetia sepanjang pengajian saya di UTM mengajar saya menjadi pemimpin sejati. Saya dan rakan-rakan mengerah segala kudrat melakukan yang terbaik untuk kem kali ini.

Segala idea dikeluarkan untuk kemajuan kepimpinan di Kolej Tuanku Canselor,UTM. Namun,kadangkala amat menyedihkan seandainya ada pihak yang tidak menghargai usaha dan pengorbanan yang kami lakukan. Ada satu kisah yang mematahkan semangat kami tetapi kami gagahi jua cabaran yang mendatang.

Apa pun hidup kepimpinan mahasiswa di KTC….

Ogos 22, 2007

AKHIRNYA

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 11:42 am

dsc07797.jpg

Sekalung penghargaan buat ayah dan ibu, isteri ,adik beradik ,teman-teman sekalian serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam kembara saya mendapatkan ijazah sarjana muda ini…Perjalanan baru saja bermula dari satu pengakhiran kembara sarjana muda kejuruteraan elektrik. Semoga Allah memberkati kehidupan kalian atas sokongan dan dorongan yang diberikan…Erti hidup pada  memberi…

Ogos 15, 2007

MCA mengampunkan Wee Meng Chee

Difailkan di bawah: Isu Semasa — muhammadridwanto @ 11:31 am

dari blog http://n32.blogspot.com

Yang dihina adalah agama Islam, orang Melayu dan negara kita. Yang menghina adalah seorang penuntut universiti di Taiwan, jurusan sebaran am bernama Wee Meng Chee, 24. Tiba-tiba kita dimaklumkan bahawa Naib Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga ahli parlimen Muar, kawasan asal si Wee ini telah menghubungi Wee melalui telefon. Di dalam perbualan telefon itu menurut Chua, wee telah memohon maaf dan berharap agar kerajaan dan rakyat memaafkannya.

Belum pun sesiapa yang memberikan respon, Dr Chua sendiri menyebut bahawa memandangkan Wee ikhlas memohon maaf maka sewajarnyalah kita menerima permohonan maaf beliau itu. Tambah Dr Chua, Wee ini seorang anak muda yang tidak mempunyai niat mencemarkan imej negara, lagu kebangsaan atau agama Islam. Dr Chua dilaporkan dalam NST sebagai berkata:

I accept his apology because I could detect from his voice that he was very sincere.

Saya terima permohonan maaf beliau kerana saya dapat mengesan dari suara beliau bahawa beliau benar-benar ikhlas.

Saya tidak bermaksud mahu mengeruhkan suasana. Tetapi yang saya faham beberapa NGO termasuklah Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) telah membuat laporan polis terhadap video klip karya Wee itu. Wee bukan lagi kanak-kanak sekolah, Wee adalah seorang dewasa, berpelajaran dan perlu memikul tanggungjawab. Di dalam negara beberapa mahasiswa kita pernah ditahan di bawah akta zalim ISA semata-mata kerana berhimpun menyuarakan pandangan mereka di hadapan Masjid Negara.

Mereka ini menghadapi kesukaran meneruskan pelajaran dan memikul risiko semata-mata kerana berhmpun dan bersuara secara aman. Apa yang Wee telah lakukan lebih teruk dan parah dari itu. Jika beliau telah menghasut maka sewajarnyalah (Memandangkan laporan polis telah dibuat) beliau disiasat dan dipanggil membela diri.

Mengapa MCA dan sebelum ini DAP beria-ia mahu membela pemuda ini?

Yang hairannya Zainuddin Maidin pun tiba-tiba bagai kerak nasi dijirus air, terus lembik menerima permohonan maaf siswa dari universiti Taiwan ini.

Yang terguris dan terhina adalah umat Islam dalam negara ini. Lalu yang sewajarnya memberikan perngampunan adalah kita yang terjejas akibat karya gila dan menghina Wee itu. Tetapi ini bukan isu memberikan maaf, ini isu yang jatuh di bawah undang-undang negara yang sedia ada. Bukankahkah prinsip Rukunegara (yang Gerakan mahu kita kembali memegangnya) menyatakan: keluhuran perlembagaan/ kedaulatan undang-undang/ kesopanan dan kesusilaan?

Jika orang yang melanggar undang-undang negara dimaafkan senang-senang begini, apakah mesej yang cuba kita terapkan?

(Kepada mereka yang menuduh saya racist (sedangkan yang sebenarnya racist adalah si Wee) ingin saya tegaskan di sini jika ada warga Malaysia Melayu/Islam yang menghina kaum Cina atau India termasuk menghina agama mereka (seperti yang pernah Umno lakukan) saya juga akan menuntut agar mereka juga diseret ke pengadilan)

Ogos 12, 2007

Konflik undang-undang sivil dan syariah?

Difailkan di bawah: Isu Semasa, Uncategorized — muhammadridwanto @ 1:31 pm
Dr Shafie Abu Bakar

 

Sun | Aug 12, 07 | 09:45:25 am

 

 

Mutakhir begitu banyak sekali masyarakat didepani dengan kes-kes perundangan berat. Kes pembunuhan Wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang sedang berjalan, pembersihan dari tuduhan rasuah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa bin Dato` Haji Hassan dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato` Johari Baharom oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.                                                                                                                                                                Pembersihan juga berlaku terhadap Mantan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Tan Sri Zulkipli Mat Nor. Sebelumnya Tan Sri Eric Chia yang menghadapi tuduhan rasuah Perwaja juga dibebaskan.Rakyat termangu kerana jahil dengan selok belok perundangan ! Lebih dari itu mereka dikelirukan dengan tuntutan dari satu pihak umpamanya Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menggesa rakyat memahami dan menghormati perundangan Negara hingga Parti Gerakan bercadang mengeluarkan booklet perundangan Negara bagi disebarkan kepada orang ramai agar lebih memahami undang-undang dan satu pihak lagi rakyat dilarang dari membincang dan mentafsirkan peruntukan-peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan Negara.

 

 

Oleh kerana keliru dan jahil dengan perundangan yang berjalan menggerak setengah pihak berkenaan untuk mengetahui sedikit sebanyak aspek perundangan yang dianggap teknikal dan berbelit-belit dan hanya hakim dan lawyer menguasai profession berkenaan.Bagi penulis atas minat yang mulai tumbuh semata-mata untuk kefahaman, maka ruang-ruang penulisan mengenai perundangan mulai lebih diberi perhatian, buku-buku asas perundangan mulai dibuka dan jika ada forum atau seminar perundangan ringan kaki untuk menghadirinya.

 

 

Forum konflik bidang kuasa sivil dan syariah
Demikianlah berdepan dengan maklumat bahawa forum dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang UKM (Perundang) pada malam 7 Ogos 2007 bertempat di Dewan Anuar Mahmud UKM menarik minat penulis memnghadirinya, apa lagi melihat pada wibawa tokoh-tokoh yang akan bercakap di dalam forum itu. Tajuk lengkap forum ialah:

 

 

 

`Konflik Bidang Kuasa Sivil Dan Syariah. Adakah perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan masih releven ?` Para panel forum terdiri dari Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dari Fakulti Undang-Undang UIAM, Sdr. Zainal Rijal Abu Bakar dari Fakulti Undang-Undang UKM dan Dr. Ugi Suharto dari ISTAC (Institute of Islamic Thought and Civilization), UIAM, manakala Moderator ialah Prof. Madya Dr. Rahimi bin Shafie dari UKM. Dewan Anuar Mahmud yang memuatkan lebih 1000 orang itu penuh. Kebanyakannya terdiri dari pelajar-pelajar UKM, khususnya dari Fakulti Undang-Undang. Tidak ramai peserta luar. Mungkin ada syndrome ketakutan, bahawa kampus tidak sebebas dahulu untuk dihadiri orang luar ! Penulis sendiri ragu-ragu sama ada boleh masuk atau tidak. Tapi oleh kerana waktu malam, walaupun tanpa sticker, dengan memberi hormat dan mengangkat tangan kenderaan dilepaskan masuk.

 

 

 

Tiada konflik Profesor AbdulAziz Bari memberi pendapat, bahawa tidak berlaku konflik antara perundangan Civil dengan Syariah dan sepatutnya tidak timbul konflik. Perundangan Persekutuan memperuntukkan dalam perkara artikal 11, bahawa Islam ialah Agama Persekutuan, tetapi penganut agama-agama yang lain bebas mengamalkan agama masing-masing.

 

 

Menurut Abdul Aziz artikal ini sudah cukup dan berdiri dengan sendiri di dalam meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan tanpa perlu kepada pecahan (3). Dari artikal ini sudah cukup untuk ditegak dan diinterpretasi berhubung dengan hak dan kuasa Islam di Negara ini. Adapun peruntukan perlembagaan 121 (1A) memaksudkan bahawa undang-undang civil tidak berhak campur tangan ke atas peruntukan dan hak undang-undang syariat yang antaranya boleh diolah dari artikal 11 yang lengkap dan berdiri sendiri.

 

 

Menurut Abdul Aziz peruntukan 121 digunakan dalam Kes Mariam dan Mohd Arif dan mencabarnya (1961) yang membawa kepada penambahan enekman 121(1A) dan pernah digunakan bagi Kes Tengku Mariam.Peruntukan ini mempertahankan kemurnian Islam dan penganutnya sehingga perundangan tidak diperkotak-katikkan dan dipermain sewenang-wenangnya. Seorang Islam tidak boleh sewenang-wenang keluar dari agama (murtad).

 

 

Ianya hendaklah berdepan dengan perundangan syariat, agar agama tidak kacau. Seseorang tidak dipaksa beragama Islam, tetapi apabila menganut Islam, dia tidak boleh sesuka hati isytihar keluar (murtad). Murtad adalah sesuatu kesalahan serius dalam Islam dan bukan boleh dipermain-main. Dia mesti berdepan dengan perundangan Islam. Beliau mengambil kes Lina Joy dan juga kes Aishah Bukhari.

 

 

Menurut Abdul Aziz, hak asasi manusia tidak boleh dikaitkan dengan perundangan ini dan ia adalah berada pada tempat berlainan, kalau tidak ia mengacau dan merosakkan perjalanan perundangan.Menurut Abdul Aziz, perundangan Islam adalah cantik dan banyak memberi hak termasuk kepada yang bukan Islam, tetapi pihak-pihak tertentu tidak cuba memahaminya. Orang bukan Islam tidak dipaksa ke mahkamah Syariah.

 

 

 

Masalahnya pengamal undang-undang, khususnya perundangan sivil tidak faham dan tidak cuba mempelajari dan memahami undang-undang Islam. Sebab itu menurutnya ada keputusan yang dibuat berlaku ketidakadilan.Beliau merujuk kepada kes Atiqullah yang dilarang memakai serban di sekolah, sedangkan dalam masa yang sama ada kalangan lain boleh memakai serban. Tentang ketidak fahaman ini beliau merujuk contoh kepada Bank Islam, pada peringkat awal, orang bukan Islam dan juga orang Islam mencemuhnya dan berpendapat dalam beberapa tahun ianya akan berkubur.Tetapi apabila Negara mengalami kegawatan ekonomi dan terbukti melalui urusan Bank Islam tidak merudumkan kewangan yang diurusniaga melalui Bank Islam, maka kebaikan Bank Islam mulai nampak dan kini, orang-orang bukan Islam lebih ramai menggunakan perkhidmatan Bank Islam melebihi orang-orang Islam.

 

 

Demikianlah keindahan Islam di dalam aspek yang lain belum dilihat dan dialami, sekiranya mereka memahami dan menghayati akan melihat dengan sendiri akan kecantikan Islam.Menurut Abdul Aziz walaubagaimana dengan adanya peruntukan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tidak bererti Negara Malaysia Negara Islam, kerana banyak perkara yang memperlihatkan Malaysia bukan Negara Islam, sebaliknya beliau juga tidak menerima Malaysia sebagai Negara sekular, kerana terdapat peruntukan, perjalanan dan amalan yang mengukuhkan Islam.

 

 

 

 

 

Kes-Kes Mahkamah
Saudara Zainal Rijal Abu Bakar sebagai panel kedua menekankan bahawa keputusan-keputusan yang dibuat mahkamah Syariyyah adalah betul dan berasaskan peruntukan perundangan. Beliau bercakap berhubung dengan kes-kes di mahkamah syariyyah.Beliau dari awal memperingatkan jangan mempercayai 100% terhadap laporan akhbar-akhbar. Bagi yang berbahasa Inggeris selalunya membuat laporan berpihak, sebaliknya akhbar-akhbar berbahasa Melayu bersifat acuh tak acuh.Beliau merujuk kepada kes Murthy atau Muhammad Abdullah pendaki Everest yang meninggal dan jenazahnya menjadi rebutan antara Jabatan Agama Islam dan isetrinya Kaliamal. Dakwaan yang mengatakan isterinya tidak mengetahui suaminya menganut Islam tidak betul.Isterinya berpindah dari Kem di Warderben ke Rawang untuk mengelak diri dari didakwah. Beliau juga tidak dipaksa ke Mahkamah Syariyyah, tetapi dijemput untuk memberi keterangan, tetapi tidak bekerjasama. Beliau membawa kesnya ke Mahkamah Sivil dan mempertikaikan Mahkamah Syariyyah yang berhak membicarakan kes berhubung dengan `suami`nya.

 

 

Walaupun kes melalui Mahkamah Syariyyah, jika terbukti kes tidak berpihak kepada mahkamah, maka diterima bukti dan kedudukan. Contoh Kes Nyonya Tahir, seorang perempuan Melayu berkahwin dengan orang Cina beragama Buddha yang mendapat 11 anak dan ia beramal dengan amalan agama Buddha, walaupun kad pengenalannya tercatat beragama Islam.Pihak keluarga memberi kerjasama dan membuktikan Nyonya Tahir tidak mengamalkan Islam dan mati di dalam Buddha, maka diputus dan diselesaikan dengan baik, bahawa beliau mati di dalam agama Buddha..

 

 

Kes Saravanan yang memeluk Islam sebagai Mohd Shafie. Isterinya mahu kekal Hindu Mohd Shafie dapat membawa sama seorang anaknya bersama beragama Islam, kerana cukup umurnya (18), manakala anak-anak lain di bawah umur kekal bersama ibunya.Manakala kes Siti Fatimah yang lahir secara Islam dan berkahwin dengan lelaki Hindu secara adat dan tidak mendaftar secara sivil atau Islam. Mereka tidak dilindungi baik oleh sivil atau syariyyah, kerana tidak mendaftar. Tidak timbul kontroversi. Untuk civil ada diperuntukkan akta – Reform of Marriage and Divorce Act (1982).

 

 

 

Akibat Liberalisme
Dr. Ugi Suharto sebenarnya pembicara pertama, tetapi melihat kepada persoalan yang dibicarakan adalah lebih sesuai dibicarakan sebagai lanjutan persoalan yang ditimbulkan oleh Abdul Aziz dan Zainal Rijal. Dr. Ugi yang berasal dari Indonesia itu memuji Perlembagaan Malaysia yang memberi kedudukan Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan.Indonesia yang 85% beragama Islam dan merupakan umat Islam terbesar di dunia tidak meletakkan sebarang agama sebagai agama rasmi. Menurutnya ada yang memuji tentang pendekatan liberal agama di Indonesia.

 

 

Akibatnya, menurutnya mengancam Islam itu sendiri. Contoh di Indonesia faham sekularisme makin mengancam Islam, timbulnya pluralisme yang berpegang bahawa semua agama sama dan benar. Dari pengaruh pasca modenisme mereka melihat Quran perlu didekonstruksi dan diedit semula.Pendekatan juga dipengaruhi hermunitik yang melihat Quran sebagai Bible yang tidak ada yang asli lagi dan begitu banyak versi yang digunakan dan berbagai-bagai bahasa. Ini bertambah dikacau lagi dengan pendekatan Feminisme yang menuntut persamaan wanita dengan lelaki misalnya hak talak, wirathah, iddah, melarang dari berpoligami dan sebagainya.

 

Dengan keadaan ini ianya menggugat kemurnian Islam dan akan menjadi kacau. Menurutnya di Malaysia sudah ada tanda-tanda pluralisme agama dan Feminisme. Malaysia perlu mempertahankan peruntukan kedudukan Islam di Negara ini..

 

 

Sesi Soal Jawab
Semasa sesi soal jawab beberapa pelajar telah mengemukakan soalan dan pandangan yang menarik. antaranya. persoalan sekular, Islam liberal, Islam progresif, Islam Hadhari dan religious plurality. Persoalan ISA di Malaysia, hak, peluang dan prestasi mahkamah Syariyyah dan perlunya memahami perlembagaan.

 

 

 

 

Lanjutan Liberalisme
Di dalam menjawab mengenai Islam Liberal, Islam Progresif dan Islam Hadhari, Dr. Ugi Suharto menegaskan Islam hanya satu. Apabila ditambah dengan kata sifat Hadhari bererti menghad dan menyempitkan Islam.Istilah Islam Hadhari menurut Ugi adalah tidak kena dan tidak sesuai. Sepatutnya kalau hendak digunakan ialah `Masyarakat (Islam) hadhari/madani`.Beliau tidak menafikan prinsip 10 bagi hadhari itu baik, tetapi kebaikan Islam banyak lagi bukan terhad kepada 10. Beliau menyetujui bahawa baik Islam progresif dan hadhari adalah perkembangan dan lanjutan dari pemikiran liberal.

 

Perlanjutan Liberalisme melahirkan religious pluralisme yang akan menghilangkan kemurnian Islam. Ianya tidak sesuai bukan saja bagi Islam, tetapi juga bagi agama-agama yang lain.

 

Pluralisme dari satu pihak adalah `agama baru` bagi masyarakat sekular. Antara pegangan `agama baru` yang dilahirkan oleh pluralisme ialah apa yang dinamakan Civil Religion, Global Theology, Transcendence Religion dan Syncretism. Kesemuanya bercanggah dengan akidah tauhid dan mengancam kemurnian Islam.

 

 

 

 

Bukan negara Islam dan bukan sekular
Berhubung dengan Negara Islam dan Negara Sekular, Abdul Aziz melanjutkan pendapatnya bahawa Malaysia bukan Negara Islam, kalau Negara Islam, maka tentulah tak ada ISA dan OSA, Negara Islam tidak boleh ada diskriminasi dan tak boleh gantung perlembagaan (151).Menurut Abdul Aziz dengan adanya peruntukan Islam dalam Perlembagaan, maka peruntukan ini menolak sekularnya Malaysia. Ianya dikukuhkan juga dengan fakta-fakta Islam di dalam sejarah Negara.Berhubung dengan Mahkamah Syariyyah dan hubungannya dengan Mahkamah Sivil, Abdul Aziz melihat mereka yang di dalam mahkamah Sivil perlu memhami mahkamah Syariyyah apabila penghakiman melibatkan persoalan keislaman.

 

 

Kalau tidak berlaku kepincangan dan ketidakadilan. Beliau juga membela Mahkamah Syariyyah yang selama ini tidak disedari, bahawa sedang mahkamah sivil dihantui dengan tonggakan kes, tetapi 70% daripada kes mahkamah syariyyah dapat diselesaikan.Berhubung dengan kemungkinan berlaku bercanggahan peruntukan, pertindihan perundangan dan sebagainya beliau menyebut di luar Negara ada mahkamah khas berkenaan perlembagaan, tetapi kita tidak mempunyai `Specialist Court` mahkamah khusus membicarakan persoalamn perlembagaan.

 

Oleh itu setiap Hakim harus memahami perundangan Syariah, jika undang-undang sivilnya berkait dengan persoalan syara`.

 

Saudara Zainal Rijal menambah dan mengingatkan bahawa adalah bahaya mengatakan Negara ini sebagai sekular, kerana ianya memberi ruang tekanan dari luar dan dalam. Tekanan dalaman akan timbul usaha menolak dan mengkesampingkan Islam dari institusi dan amalan, manakala dari luar akan masuk dan berkembang berbagai-bagai aliran dan kefahaman sekular yang antaranya mungkin merupakan agama moden sebagaimana diperkatakan oleh Dr. Ugi Suharto itu..

 

 

 

Kesimpulan
Forum Undang-undang yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang (Perundang) UKM ini banyak manfaatnya, khususnya bagi yang kurang pengetahuan di dalam bidang perundangan.Perbincangan memperlihatkan tidak ada percanggahan dan konlik di antara bidang sivil dan syariyyah. Bidang sivil mempunyai hak dan kuasa secara luas, manakala mahkamah syariyyah mempunyai hak dan bidangnya yang tersendiri yang tidak boleh dicampurtangan oleh pihak sivil.

 

Persoalan yang berhubung dengan bidang perundangan Islam hendaklah diurus di bawah bidang syariyyah.. Orang bukan Islam tidak dipaksa ke mahkamah syariyyah, mereka boleh memberi kerjasama membantu melicinkan perjalanan mahkamah syariyyah seperti memberi keterangan dan sebagainya.

 

Sebaliknya orang bukan Islam tidak boleh membawa persoalan yang berhubung dengan mahkamah syariyyah ke mahkamah sivil. Adalah tuduhan yang melulu dan tidak berasas jika dikatakan mahkamah syariyyah memberi keadilan kepada penganut Islam semata-mata..

 

Sesungguhnya memahami adalah lebih baik dari memusuhi. Pepatah ada mengatakan, `Manusia itu Memusuhi apa yang tidak diketahui`. Dengan mengikuti forum ini, khalayak dapat memahami apa itu sekular, adakah Negara ini negara Islam atau tidak, apakah itu liberal dan implikasinya.

 

 

Dengan mengikuti forum ini juga kita dapat melihat dan menyedari bahawa perlembagaan Negara adalah hidup dan fleksibal dan boleh diolah selagi berhubungan dan releven.Memahami perlembagaan melengkapkan kefahaman kita sebagai warga Negara Malaysia dan lebih membawa kepada peningkatan rasa toleransi.

 

 

 

Menghadiri forum sedemikian membangkitkan rasa nostalgic kepada kebebesan akademik dan otonomi universiti yang pada satu masa dulu dinikmati. Pada masa itu kegiatan ilmiah, foram, ceramah; debat, wacana, ceramah dan kolokium di universiti terbuka dan dapat diikuti orang luar.Dengan itu bersemaraklah ilmu, berlaku pertukaran idea dan pengalaman serta kerancakan perbincangan. Mengapa kini mahasiswa dikurung di menara gading ? Membiarkan mereka longlai?Apakah yang ditakut oleh pemerintah untuk mereka berinteraksi dengan masyarakat ? Tidak mungkinkah sekatan-sekatan kini diruntuhkan dan kebebasan serta otonomi universiti dikembalikan ?

 

Sekian.

 

Bangi,

26 Rajab 1428, 10 Ogos 2007.

Ogos 11, 2007

LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH)

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 5:58 am

latahzan.jpg

Bayangkan ketika anda dilanda kegusaran, dihantui kegelisahan malah sesak nafas kerana didera oleh pelbagai permasalahan yang menghantui hidup, cukuplah berkata dengan suara yang lantang, JANGAN BERSEDIH. Namun apakah cukup dengan itu? Adakah ia akan mengeluarkan anda dari segala masalah yang menimpa? Sebagai saranan yang baik, anda harus membaca buku ini, LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH).

Karangan seorang doctor dalam bidang hafiz (hafalan hadith) ini sehingga tahun 2004 buku telah diulang cetak sehingga cetakan ke 11. Sememangnya Dr. Aidh Al- Qarni cuba untuk membawa kelainan dalam penulisan buku yang bertemakan motivasi yang ada di pasaran. Tidak hairanlah ia bertahan sebagai buku yang terlaris selama dua tahun di dunia Arab.

Kelainan buku ini terletak pada pengisiannya yang bersumberkan aspek ketuhanan (rabbani) tanpa mengabaikan sisi kehidupan dunia. Malah kita diajak untuk melihat sisi dunia dengan kacamata yang seimbang. Cubalah anda bandingkan buku ini dengan buku yang sangat berpengaruh dan pernah menjadi best seller, misalnya,The Seven Habbit of Higly Effective,anda akan mendapati ia akan memandu kita untuk menjadi bahagia di dunia semata-mata dan meninggalkan kepentingan akhirat. Tambahan pula tiada pengisian kerohanian yang diberikan. Disinilah, orang-orang yang beriman memerlukan sentuhan kerohanian yang akan memberi input mengenai soal ketuhanan. Inilah perbezaan besar antara buku-buku motivasi karanagan penulis barat dengan buku LA Tahzan ini.

 

Sememangnya tulisan dalam buku ini menyajikan resepi yang mujarab dengan menunjukkan kita bagaimana meniti jalan kehidupan yang penuh pancaroba serta membangunkan kehidupan yang bahagia dengan satu kata kunci : La Tahzan, Jangan Bersedih. Melalui kata kunci ini, kita akan sentiasa optimis dengan kehidupan malah tidap pernah pula dirisaukan dengan masa lalu yang duka dan tidak pula dihambat oleh perasaan bimbang oleh masa depan yang mendatang. Tegasnya, kita akan menjadi insan yang bekerja dan berusaha untuk hari ini dengan mencurahkan segala daya usaha dan kekuatan beserta keyakinan yang total, hasil akhirnya adalah terletak pada Allah.

Percaya atau tidak, penulis mengingatkan bahawa dunia ini akan menjadi indah jika kita menikmatinya dengan senyuman, bukan dengan wajah yang suram, hati yang duka serta kesedihan yang berterusan. Malah, buku ini ditulis adalah untuk mendatangkan kebahagiaan, ketenangan,kedamaiaan,kelapangan hati, membuka pintu optimis dan menyingkirkan segala kepayahan agar dapat membina masa depan yang indah.

Harus diakui, kekuatan buku ini terletak pada penyertaan dalil-dalil al-Quran dan hadith yang sesuai bagi setiap tema perbahasan. Selain itu, dinukilkan juga kisah yang penuh pengajaran, bait-bait syair yang mempesonakan dan kutipan kata-kata bijak pandai. Semua ini adalah rangkuman untuk memberikan keenakan kepada pembaca agar sentiasa bahagia sepanjang meniti hidup ini.

Tidak rugi kiranya untuk menghadam buku ini, seolah-olah ia berbicara kepada kita , “Bergembiralah dan berbahagialah !” Amat sesuai untuk semua peringkat kerana perbahasannya tidak terlalu panjang, penuh hikmah dan gaya bahasa yang mudah. Sesungguhnya buku ini didatangkan khas buat mereka yang sentiasa hidup dalam bayang-bayang kegelisahan, kesedihan yang mengulit diri atau pun buat insan yang sukar untuk tidur kerana dibebani kedukaan, tidak salah untuk anda membaca buku ini. Pastinya ia penuh dengan saranan yang membahagiakan

Judul : LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH)

Pengarang : DR. AIDH AL-QARNI

Penerbit : QISTHI PRESS ( EDISI INDONESIA)

Tahun terbitan : MEI 2004

INTIFADA YANG DIBERKATI

Difailkan di bawah: Isu Semasa, Uncategorized — muhammadridwanto @ 5:57 am

 

 

hamas.jpg

1.Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan intifada? Intifada adalah dari kalimah arab yang membawa maksud ‘kebangkitan’. Apakah hubungkait intifada dengan perjuangan rakyat Palestin dan apakah faktor utama yang menjadi penyumbang kepada berlakunya peristiwa intifada ini? Untuk pengetahuan semua, kita sebenarnya tidak boleh melupakan peranan besar yang dimainkan oleh HAMAS (Harakatul Muqawamatul Islamiyah) sebagai sayap Ikhwanul Muslimin di Palestin. Pada bab yang lalu telah diterangkan bagaimana penubuhan HAMAS serta sejarah pergerakan ini dalam membebaskan bumi Palestin yang menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia malah tidak dapat tidak, kita mengatakan pertubuhan ini adalah pengerak utama kepada gerakan intifada ini.

Sebelum kajian ini pergi lebih jauh lagi, penulis ingin menarik perhatian pembaca, pandangan dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang tersohor di abad ini. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, seorang ulama Timur Tengah yang kini menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia menjelaskan bahawa kaum muslimin tidak memerangi orang-orang Israel kerana mereka adalah penganut agama Yahudi. Tetapi peperangan atau pun intifada ini berlaku adalah kerana mereka merompak tanah air bangsa Palestin, mereka menumpahkan darah kaum muslimin dan menodai kesucian masjid serta gereja yang menjadi tempat suci umat Islam dan Kristian.[1] Malah dalam wawancara beliau dengan stesyen TV Al Jazeera (2/6/2002) dalam program Syariat wal Hayat, Qardhawi menegaskan “Kami tidak memerangi Israel kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka merampas tanah kami, membunuh kami, dan mengotori tenmpat suci kami.”[2]

2.Intifada peringkat pertama

 

 

images2.jpg

Secara keseluruhannya intifada yang berlaku di bumi Palestin ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama intifada berlaku hanya menggunakan lontaran batu dan lastik dalam memerangi Yahudi yang menzalimi rakyat Palestin.

Malah pembaca semua harus melihat mengapa berlakunya intifada ini disaat pergolakan di Timur tengah menjadi tumpuan dan perhatian daripada seluruh negara di dunia. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 9/12/1987, tercetusnya kebangkitan (Intifada) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan 9 lain tercedera.[3] Maka bermulalah intifada dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu ke arah musuh. Mereka gagal mendapatkan senjata api kerana sempanan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan negara-negara Arab yang bersempadan. Semenjak peristiwa pertawa intifada ini, Yahudi terus menerus menekan dan menzalimi rakyat Palestin. Antaranya:

15/2/1988[4]

Tentera Israel menggunakan buldozer (jentolak) menganmbus 4 orang pejuang Islam yang masih hidup kedalam tanah. Namun selepas itu, dengan kuasa Allah, mereka berjaya keluar dengan selamat.

8/101990

Pembunuhan di Masjid Al-Aqsa. Ia berpunca daripada perbalahan umat Islam dengan pelampau Yahudi yang cuba meletakkan batu asas ketiga pembinaan biara Haikal Sulaiman di halaman Masjid Al-Aqsa. Menurut perancangan Zionis, Haikal Sulaiman yang mereka impikan itu ialah sebuah biara (kuil) bagi orang Yahudi yang akan dibina selepas berjaya meruntuhkan Masjid Al-Aqsa suatu masa kelak. Selepas perbalahan di antara umat Islam dengan pelampau Yahudi itu, tentera Israel yang lengkap bersenjata datang ke Masjid Al-Aqsa dan melepaskan tembakan rambang ke arah umat Islam yang sedang menunaikan solat. 21 orang telah syahid, 150 orang cedera dan hampir 300 orang telah ditangkap.

Apakah yang boleh diharapkan lagi, apabila rakyat Palestin dibunuh setiap hari. Perjanjian damai yang dilakukan antara pihak PLO dan Israel hanya sekadar untuk menyedapkan lagi keganasan yang dilakukan oleh Yahudi. Contohnya perjanjian yang telah diadakan pada pertemuan di Kaherah, Mesir bertarikh 4/5/1994. kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran Semenanjung Ghaza dan Jericho (Ariha) kepada PLO pimpinan Yaser Arafat[5]. Dua tempat itu saja yang dikatakan sebagai ‘Palestin’. Malah keluasannya hanya seluas separuh negeri Perlis, Malaysia. Inikah yang dikatakan keadilan. Untuk pengetahuan semua perjanjian ini telah ditaja oleh Amerika Syarikat yang sebenarnya menjadi dalang kepada setiap perkara yang berlaku di bumi Palestin. Mereka mendabik dada mengatakan mereka adalah ‘Polis Dunia’ yang menjaga keamanan dunia,tetapi dalam isu Palestin ini kita lihat bagaimana Amerika seolah-olah diperbodohkan oleh Israel.

Kita melihat bagaimana kebiadapan kaum Yahudi dengan sesuka hati mereka melakukan perkara yang bertentangan undang-undang malah melanggar norma kehidupan. Pada tarikh 25/2/1994 beberapa orang pelampau Yahudi dari perkampungan pendatang haram Karyat Arba’ diketuai oleh Barukh Gold Styne melepaskan tembakan rambang ke arah umat Islam yang sedang menunaikan solat jamaah fardhu subuh di Masjid Nabi Ibrahim di Hebron (Madinatul Khalil). Peristiwa ini berlaku pada pagi 15 Ramadhan 1414 H ketika umayt Islam menunaikan ibadat puasa. Ini telah mengakibatkan seramai 60 orang telah tebunuh syahid. Malah peristiwa ini juga telah menyebabkan HAMAS meningkatkan siri operasi syahid (amaliyyah istishadiyyah) ke atas penganas Yahudi.[6] Pelampau yahudi ini bukan saja membunuh umat Islam tetapi mereka akan membunuh sesiapa saja yang tidak sependapat atau tidak sehaluan dengan mereka, ini dapat dilihat apabila Perdana Menteri Israel, Ishak Rabin, sendiri dibunuh. Ia berpunca daripada tindakan beliau menyerahkan Semenanjung Ghaza dan Jericho kepada Palestin. Beliau telah ditembak pada 4/11/1995 dikhayalak ramai oleh seorang pelampau yahudi. Apakah yang boleh kita harapkan lagi dengan orang yahudi ini? Pembunuhan demi pembunuhan yang mereka lakukan namun masyarakat antarabangsa terus membisu.

Namun usaha pendamaian di meja rundingan semakin tertutup apabila Parti Likud yang dianggotai oleh pelampau Yahudi berjaya memenangi pilihan raya Israel pada tahun 1996. Pengambil-alihan tampuk pemerintahan ini menyebabkan usah damai terbantut. Malah pengunduran tentera Israel dari kawasan umat Islam juga tergendala. Ini kerana sepanjang pentadbiran Perrdana Menteri Benjamin Nentanyahu dan Sharon (tahun 2001) ,mereka merasakan hanya dengan kekerasan perjuangan rakyat Palestin dapat dipatahkan. Namun harus diakui walaupun nada PLO lebih lunak dalam mendapatkan kebebasan daripada pihak Israel tetapi kita tidak boleh melupakan peranan

yang telah dimainkan oleh HAMAS. HAMAS sudah lama mengistiharkan perang dan merekalah yang melakukan serangan berani mati kerana tidak lagi percaya lagi dengan proses rundingan yang ditaja oleh Amerika syarikat. Natijahnya peringkat awal intifada yang berlaku ini, rakyat Palestin hanya bersenjatakan batu dalam menentang kezaliman kaum Yahudi. Namun begitu, dibelakang mereka dalam menegakkan negara Palestin yang merdeka adalah suara umat Islam diseluruh dunia yang hanya mampu mengadakan demostrasi bagi menyatakan bantahan. Inilah yang berlaku apabila beribu-ribu umat Islam di Malaysia mengadakan demostrasi di Kelana Jaya, Dataran Merdeka, Universiti Malaya dan hadapan Pejabat Perdana Menteri kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel ke negara Malaysia. Tambahan pula disyaki kerajaan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Persoalannya kini, dimanakah hilangnya sesentiviti umat Islam dalam menangani isu ini, terutamanya kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam? Walaupun isu Palestin ini adalah melibatkan rakyat Palestin tetapi ia mesti dilihat sebagai isu umat Islam yang telah ditindas dan sebagai isu global untuk membina keamanan sejagat.

3.Intifada peringkat kedua

Harus diingat bahawa peristiwa intifada kali kedua ini adalah suatu momentum kepada kebangkitan dan serangan balas daripada umat Islam untuk melawan keganasan askar dan orang awam yang semakin menjadi-jadi, membangkitkan kemarahan umat Islam. Peristiwa kebangkitan tahun 1987 kembali berulang dan tarikh keramat ini berlaku pada 28/9/2000, umat Islam keluar beramai-ramai untuk menentang keganasan Yahudi dengan menggunakan apa saja yang pada mereka. Malah kebangkitan kali ini dilihat lebih mengancam rejim Israel kerana ia bukan saja dilancarkan oleh Kataib Al-Qassam (HAMAS) tetapi turut disertai oleh pertubuhan-pertubuhan lain seperti Kata’ib Syuhada’ Al-Aqsa (Fatah), Saraya Al-Quds (Jihad Islami), Pasukan As-Syahid Abu Ali Mustafa (As- Sya’biyyah), Pasukan Kebangkitan Kebangsaan Palestin (Ad Dimoqratiyyah) dan Saraya Al-Quds. Namun yang lebih menonjol adalah Kataa’ib Al-Qassam dan Kata’ib Syuhada’ Al-Aqsa. Apakah yang membezakan kebangkitan ini dengan tahun 1987? Intifada kedua ini tidak hanya bergantung kepada lontaran batu dan lastik tetapi banyak menggunakan serangan mortar, refel automatik AK 47 dan jerangkap samar dilakukan.

Kita tidak harus menafikan bagaimana operasi syahid (amaliyyah isttisyhadiyyah) juga meningkat dengan mendadak. Intifadah kedua ini juga telah mendapat sokongan padu dari dunia arab sendiri. Ini terbukti apabila seluruh negara arab yang mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Israel telah memutuskan hubungan dengan negara Israel sebelum berlangsungnya Sidang Kemuncak OIC kali ke-9 di Doha, Qatar pada tahun 2000 yang lalu.[7]

3.1Operasi ‘Amaliyyah Istisyhadiyyah’[8]

Umum mengetahui erti syahadah atau mati syahid, iaitu mereka yang terbunuh ketika menegakan Islam. Namun begitu sejak meletusnya intifada ini muncul satu istilah yang amat asing bagi sesetenggah umat Islam, iaitu ‘Amaliyyah Istisyhadiyyah’. Disini penulis ingin memberikan gambaran umum apakah penerimaan Islam terhadap konsep ini. Dari segi bahasa ‘amaliyyah beerti operasi. Manakala ‘istisyhadiyyah’ pula bererti satu operasi untuk mendapatkan mati syahid. Dari segi istilah, ‘Amaliyyah Istisyadiyyah’ membawa makna “Operasi Jihad memerangi musuh-musuh Islam dengan menggunakan satu kaedah, atau dalam keadaan yang pada adatnya, pelaksanma operasi tidak mungkin selamat. Ia dilakukan dengan niat untuk membunuh musuh-musuh Allah dan untuk mati syahid. Dalil keharusan operasi ini ialah dari sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“…Demi (Allah) yang diriku berada di dalam kekuasaanNya, sesungguhnya aku sangat suka andainya aku dibunuh pada jalan Allah, kemudian aku hidup kembali, lalu aku dibunuh lagi, kemudian aku hidup kembali, lalu aku dibunuh lagi.” [9]

Mengapa perlu operasi ini? Kita harus mengetahui bahawa umat Islam di Palestin tidak mempunyai pilihan untuk mempertahankan diri malah mereka tidak mempunyai kekuatan persenjataan. Hal ini berlaku kerana sekatan yang dikenakan ke atas mereka sejak sekian lama. Hanya dengan melakukan operasi ini mereka dapat mengajar kesombongan dan kebongkakan rejim Israel. Malah satu-satunya kaedah penentang yang mampu dilakukan oleh umat Islam Palestin ialah dengan mencipta bahan letupan dan digunakan sebagai senjata untuk bertindak balas ke atas tentera dan penganas Yahudi. Mereka terpaksa masuk ketempat yang dipenuhi penganas Yahudi lantas meletupkan diri mereka. Tindakan ini pastinya akan mengancam keselamatan mereka tetapi ini sajalah yang mereka mampu lakukan. Malah ulama dan sarjana Islam seperti Dr. Muhammad az-Zuhaili, Prof Dr. Yusuf AL-Qardhawi, Syeikh Al-Azhar, Dr Ramadhan al-Buti, Dr. Fathi Yakan serta ramai lagi ulama timur tengah bersependapat mengenai operasi ini adalah harus dilaksanakannya[10]. Namun amat mengecewakan apabila ada pemimpin umat Islam pada Persidangan Sesi Khas Menteri-menteri Luar OIC (ICFM) Mengenai Keganasan di Hotel Palce of Garden Horses, Kuala Lumpur telah menyamakan opersi ini sebagai satu tindakan keganasan dan yang paling mendukacitakan, beliau telah menyamakannya dengan keganasan Serbia di Bosnia Herzegovina dan keganasan kumpulan Tamil Elam di Sri Langka.

3.2 Secebis kisah para syuhada

 images.jpgimages.jpgimages.jpgimages.jpgimages.jpg

 

 

 

22 Julai 2002

Ketua Umum Kata’ib Al-Qassam , Syeikh Solah Syuhadah dibunuh bersama keluarganya dan pejuang-pejuang HAMAS yang lain di Hayyud Durji, Gazza. Kesemua mangsa berjumlah 18 orang , sembilan daripadanya kanak-kanak. Pembunuhan kejam ini telah menambah kemarahan umat Islam dan kesemua kumpulan pejuang Palestin meningkatkan serangan operasi syahid.

Sebelum itu pada April 2002 dunia telah dikejutkan dengan Amaliyyah Istisyhadiyyah’yang dilakukan oleh seorang remaja wanita yang berusia 16 tahun. Mujahidah ini bernama Ayat Al-Akhras, beliau telah membawa sebuah beg yang berisi sejumlah bahan letupan menuju ke sebuah pasar raya dan meletupkan bom yang dibawanya lalu mengakibatkan 22 orang telah rebah dua orang daripada Yahudi ini telah terbunuh ditempat kejadian.

Pada 19 Ogos 2003 yang lalu seorang pejuang berani mati HAMAS telah berjaya membunuh 20 orang penumpang sebuah bas di Baitulmaqdis. Ini merupakan tindakan pertama yang dilakukan oleh HAMAS dan beberapa kumpulan pejuang Palestin selepas mereka tidak mahu terikat dengan gencatan senjata yang diisytiharkan pada 29 Jun 2003. tindakan drastik ini dibua selepas rejin Israel bertindak membunuh seorang pemimpin kanan HAMAS, Ismail Abu Shanab dan dua pengawalnya di Gaza.[11]

Ariel Sharon: Mesin Pembunuh Kebanggaan Israel

Adalah tidak lengkap sekiranya penulisan ini tidak memuatkan tentang Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel yang telah memenagi pilihan raya Israel pada Februari 2001. kita tidak harus melupakan peranan beliau 21 tahun yang lampau iaitu pada 16/9/1982. Pembunuhan Syabra dan Syatilla!!! Ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan Israel telah melakukan keganasan yang membunuh lebih 3000 orang Islam yang menghuni dua buah perkhemahan pelarian Palestin di Syabra dan Syatilla, Lubnan. Adalah amat menyedihkan magsanya adalah dari golongan wanita dan kanak-kanak[12].

Para ahli politik Israel sedar bahawa Ariel Sharon memiliki sifat kekejaman yang luar biasa. Lazimnya sifat kejam yang ada pada seorang ahli politik akan menamatkan kerjaya politik seseorang namun tidak pada seorang rakyat Yahudi kerana ia menjadi pilihan rakyat untuk memimpin negara zionis tersebut sekalipun darah ditangannya tidak pernah kering dengan darah.

Bagi masyarakat arab Sharon adalah arkitek di belakang segala tindakan ganas dalam sejarah Israel: pembunuhan,pencabulan perjanjian dan meluaskan penempatan haram Yahudi di semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Masyarakat Palestin misalnya memberi gelaran kepada Ariel Sharon: Mesin Pembunuh[13]

Sebenarnya kita tidak boleh mengharapkan perjanjian damai akan termetrai di bumi Palestin selagi mana Ariel Sharon menjadi Perdana Menteri Israel kerana sejarah telah membuktikan kerakusan dan kebiadapan Sharon meminum darah umat Islam Palestin. Malah Sharon telah mengishtiharkan perang terhadap apa yang didakwanya sebagai keganasan dengan menyalahkan pemimpin boneka Palestin Yasser Arafat sebagai pihak yang gagal membendung kegiatan itu. Serangan pertamanya, tentera Israel telah mengebom pejabat-pejabat Pihak Berkuasa Palestin termasuk kawasan berhampiran dengan Arafat. Dalam serangan keduanya ia hampir membunuh Arafat tetapi persoalannya kini sekiranya Arafat terbunuh adakah masalah Palestin akan selesai? Tedapat lima kumpulan politik utama di Palestin. Tiga daripadanya Fatah, Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP) dan Barisan Rakyat bagi Pembebasan Palestin (PFLP) adalah anggota PLO. Mereka semua hanya mahu menubuhkan negara sekular Palestin. Arafat hanya mampu mengawal pertubuhannya sendiri iaitu FATAH. Malah tidak keterlaluan dikatakan perjuangan mereka selari dengan matlamat rejim Israel, sepatutnya rejim ini meneruskan perundingan dengan Arafat.

Malangnya, Sharon tidak mengutamakan soal penyelesaiaan di meja rundingan secara keseluruhan tetapi lebih kepada memelihara keselamatan Israel. Sharon mesyaratkan bahawa HAMAS dan pasukan Jihad yang lain menghentikan penentangan bersenjata yang dilakukan terhadap Israel, namun itu sukar dihentikan selagi rejim Zionis berdolak dalik dan tidak ikhlas untuk memetrai serta melaksankan perjanjian damai yang mereka lakukan, terutamanya pengunduran tentera rejim Israel dari Tebing Barat[14].

Apa yang boleh penulis katakan, dimata Sharon, Israel selalu tergambar sebagai negara lemah yang dikepung ancaman. Untuk itu,mahu atau tidak, Israel perlu menjaga diri dengan cara mempunyai kelengkapan ketenteraan yang memadai. Tidak hairanlah sejak muda lagi Sharon terkenal sebagai tokoh yang tidak mengharamkan penggunaan keganasan untuk mencapai maksudnya

PERANAN BADAN ANTARABANGSA

Isu Palestin ini bukanlah merupakan isu setempat semata-mata namun ia melangkau isu antarabangsa yang harus menjadi perrhatian dan tumpuan masyarakat dunia. Kita melihat bagaimana Amerika Syarikat seolah-olah tunduk dan berada di bawah ketiak Israel dalam menangani isu ini walupun AS mendabik dada mengatakan merekalah ‘Polis Dunia’ dalam menjaga keamanan dunia. Namun AS mendiamkan diri apabila melihat keganasan Israel di bumi Palestin kerana AS adalah dibawah telunjuk Yahudi. Lihatlah bagaimana banyak perjanjian damai yang ditaja oleh AS akhirnya akan dicabuli sendiri oleh rejim Israel, yang amat menyedihkan AS hanya sekadar mengeluarkan kecaman walaupun dalam isu Iraq mereka dengan biadapnya menceroboh kedaulatan Iraq. Dimanakah sikap ingin menjaga keamanan dunia yang selalu AS laung-laungkan? Berlakunya ‘double standard’ dalam isu Palestin kerana AS kini dicengkam oleh Yahudi seperti yang dikatakan oleh Hendry Ford dalam bukunya The Protocols of Learne Elders of Zion. Hendry Ford mantan Presiden AS pada tahun 1921 menyatakan wujudnya pengaruh Zionis dalam pentadbiran AS malah kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah satu usaha untuk mencipta tata baru dunia mengikut telunjuk dan perintah dari gerakan Yahudi antarabangsa. Jadi apakah lagi yang kita boleh harapkan dari PBB dan AS?? Bagaimanakah kita mampu mewujudkan dunia yang aman sekiranya PBB sendiri adalah boneka kepada Yahudi yang hanya menganggap selain dari kaum mereka adalah binatang?

Bagaimana dengan OIC? Apa yang mampu dilakukan oleh OIC dalam membantu perjuangan rakyat Palestin mendapatkan hak mereka untuk bernegara? Namun apa yang kita perhatikan dari dulu hingga kini tiada tindakan drastik yang mampu OIC lakukan dalam menangani masalah ini. Cuma mereka mampu bertempik dan mengecam kejahatan dan kezaliman Yahudi terhadap rakyat Palestin.Tindakan yang paling baik pun mereka hanya sekadar bermesyuarat dan mengeluarkan kata putus mengecam. Hanya yang boleh dilakukan hanyalah kata-kata kecaman. Penulis berpendapat selayaknya kata-kata kecaman patut dikeluarkan oleh rakyat biasa bukannya bagi sebuah kerajaan yang mempunyai kekuatan ketenteraan dan kekuatan ekonomi yang boleh menekan kebiadapan Yahudi. Seharusnya OIC yang mempunyai keanggotaan 56 buah negara Islam di seluruh dunia memainkan peranan yang lebih efektif dalam mernjuarai isu ini agar dapat mewujudkan sebuah negara Palestin yang merrdeka.

Cuma yang amat mendukacitakan kita terutamanya negara-negara Arab di Timur Tengah ini sebenarnya mempunyai kepentingan peribadi, ini dapat dilihat apabila mereka menjalin hubungan diplomatik dengan rejim Israel, contohnya negara Qatar, Mesir, Oman, Tunisia dan Maghribi. Mereka memutuskan hubungan dengan rejim ini pun hanya sebelum berlangsungnya Sidang OIC di Qatar pada tahun 2000. Penulis amat mengharapkan agar segala bentuk hubungan sama ada dalam bentuk politik atau pun ekonomi harus di tamatkan serta merta bagi menunjukkan komitmen dan iltizam OIC membantu perjuangan suci rakyat Palestin. Antara satu cara yang paling berkesan untuk mengajar kebiadapan rejim Israel ini adalah dengan menghantar pasukan pengaman di bawah bendera OIC ke Palestin. Tetapi sanggupkah OIC melakukannya? Mustahil untuk dilakukan sekiranya pemimpin negara-negara umat Islam ini masih lagi dipimpin oleh pemimpin sekular yang ada kepentingan peribadi. Namun penulis yakin dan menaruh harapan yang tinggi agar OIC akan memjadi perintis untuk menghantar tentera pengaman ke Palestin bagi mengembalikan Palestin ke tangan umat Islam


[1] Perang terhadap israel bukan kerana mereka yahudi- Dr. Yusuf al- Qardhawi,Majalah I edisi pengenalan 2003, Karangkraf

[2] ibid

[3] Nostalgia Syuhada Palestin, m/s 19 Ibnu Ismail,Al-qasam Library

[4] ibid,m/s 20

[5] ibid ,m/s 21

[6] ibid, m/s 22

[7] Majalah MASSA 18-24 November 2000,m/s 50,Utusan Melayu(Malaysia) Berhad

[8] Nostalgia Syuhada Palestin, m/s 30 Ibnu Ismail,Al-qasam Library

[9] Hadith Riwayat Bukhari

[10] Suhaimi Mokhtar, Dewan Masyarakat Jun 2002, Karangkraf

[11] Utusan Malaysia 23 Ogos 2003 m/s 19

[12] Nostalgia Syuhada Palestin, m/s 16 Ibnu Ismail,Al-qasam Library

[13] Ariel Sharon-Mesin Pembunuh Kebanggaan Israel,Majalah I Edisi Pengenalan 2002. Karangkraf

[14] Zin Mahmud,Konflik Palestin-Israel,Majalah MASSA 8-14 Disember 2001, Utusan Melayu Berhad

Aduh,sukarnya bersangka baik

Difailkan di bawah: Luahan rasa — muhammadridwanto @ 5:01 am

(Olahan kembali artikel simpanan saya ,diambil di internet beberapa tahun lalu)

Kawan lama saya bercerita sambil tertawa-tawa. Ia teringat masa mudanya, ketika itu dia masih menuntut di sekolah menengah di selatan semenajung. Malah waktu itu teman saya mempunyai masalah peribadi dengan temannya.

Seperti anak remaja yang lain, kawan saya itu suka menghabiskan sebagian besar waktunya untuk aktif dalam pelbagai kegiatan . Di luar waktu sekolah, dia juga aktif dalam aktiviti kerohanian sekolah, menyertai kelab kembara dan beberapa kegiatan lain, termasuk kursus menghafal qur’an dan waktu untuk berkumpul dengan teman-teman akrabnya.

Kegiatan yang diikuti membuatnya bertemu dengan ramai orang yang pelbagai ragam dan watak. Cocok atau tidak cocok dengannya. Ia tidak boleh untuk memilih.

Ketika itu, semasa pulang dari sekolah kawan saya sedang berjalan bersama beberapa orang temannya. Ketika melewati tumpuk sampah di depan rumah berhampiran sekolahnya, kawan saya yang kala itu umurnya tidak lebih dari tiga belas tahun spontan menutup hidung sambil membuang muka, menghindari sumber busuk dari tumpukan sampah yang dilaluinya itu , seraya berkata, “Busuknya bau ni!”

Peristiwa itu berlalu begitu saja sebagai slice of life yang biasa ditemuinya setiap hari. Dia tidak pernah sedikit pun memikirkan peristiwa itu, seperti ia tidak memikirkan si pencopet yang meminta wang sambil mengugut , atau si penyeluk saku yang hampir setiap hari ditemuinya di dalam bas. Fikirannya sudah dipenuhi dengan urusan lain yang dianggapnya jauh lebih penting seperti mengulangkaji pelajaran , aktiviti memanjat gunung , dan lainnya.

Setelah meminum seteguk air dari gelas di tangannya, kawan saya meneruskan ceritanya. Beberapa hari kemudian ternyata ia baru menyadari bahwa salah seorang temannya menjaga jarak dengannya. Dia lebih terkejut lagi ketika mengetahui temannya itu sudah beberapa hari menjauhinya karena tersinggung.

Ternyata, dalam perjalanan pulang saat itu, tanpa disadarinya, dia bertembung dengan seorang teman lain yang sedang berjalan sendirian ke arah yang berlawanan. Dia tidak menyadari kehadiran temannya itu di arah berlawanan karena sedang asyik berbincang dengan kawan-kawannya yang lain.

Ketika bertembung secara tidak sengaja , salah seorang temannya yang menjaga jarak itu menyatakan bahawa ia merasa tidak dipedulikan, bahkan merasa terhina karena saat itu kawan saya tidak menyapa dan membuang muka, lengkap dengan aksi menutup hidung dan berkata .Busuknya bau ni!”

Kawan saya segera merungkaikan masalah. Dia menceritakan semua perkara sebenar yang terjadi. Sebenarnya dia tidak melihat kehadiran temannya itu di sampingnya, dan dia menutup hidung karena menghindari bau busuk sampah. Dia pun tidak lupa meminta maaf atas ketidaksengajaannya menyinggung perasaan temannya itu. Hasilnya? Temannya pun tersenyum kembali sambil ikut meminta maaf, dan mengatakan bahwa seharusnya ia tidak perlu sensitif , apabila ia mampu bersangka baik.

Cerita kawan saya di atas hanya satu dari beribu bahkan berjuta kesalahpahaman yang pernah terjadi di kehidupan sehari-hari. Hampir setiap waktu kita memerlukan orang lain, dan dari interaksi itulah seringkali timbul salah paham menjadi duri dalam daging dalam komunikasi.

Hampir setiap hari kita melakukan kesalahan. Baik yang disadari maupun tidak. Oleh karena itu kita dianjurkan untuk melakukan taubat setiap hari. Bukan sekadar bila melakukan kesalahan saja.

Kita tidak selalu menyadari apakah kata-kata yang terucap melukai perasaan seseorang atau tidak. Sikap kita membuat orang lain tersinggung atau tidak. Dan hal-hal lain yang kita lakukan selama berinteraksi dengan orang lain.

Seperti juga kita tidak mengetahui maksud seseorang ketika perkataannya atau tingkahnya menguris perasaan kita. Entah sedih, suka , malu, atau marah. Lawan komunikasi kita di segala aktiviti yang kita lakukan tidak pula memahami setiap tutur dan tindakan kita yang kita sengaja maupun yang tidak kita sadari terjadinya.

Karena setiap saat kita dapat menjadi orang yang melukai atau dilukai atau keduanya dalam waktu yang bersamaan setiap saat, maka kita amat perlu memelihara dan memupuk kemampuan untuk berbaik sangka, berlapang dada, berani mencegah prasangka buruk dengan berani bertanya,adakah kita telah menyinggung perasaan orang lain . Dan yang paling akhir adalah berani meminta maaf atau memaafkan bila kita memang salah atau ketika orang lain meminta maaf.

 

Saya dan kepimpinan

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 4:57 am

dsc02415.jpg
Apabila bercakap soal kegiatan saya di UTM sepanjang pengajian saya di sana, saya amat berterima kasih kepada UTM kerana di sini saya banyak belajar tentang kepimpinan.

Walaupun saya tidak mendapat keputusan yang cemerlang di UTM namun saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana di UTM saya lebih mengenali erti kehidupan. Suka,duka,tawa,tangis dan sebagainya mematangkan saya sebagai seorang remaja yang sentiasa mencari arah kehidupan. Sehingga kini , UTM sentiasa dalam ingatan saya.

Di UTM jua lah saya bertemu jodoh dengan isteri saya..

dsc02417.jpg

Antara pengalaman manis ketika saya berada di UTM adalah ketika saya dan teman-teman lainnya mengadakan Kem Kepimpinan di Sabah ,negeri di bawah bayu. Betul lah kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman. Saya dapat merasai bagaimana kehidupan penduduk Sabah, walaupun tidak sampai seminggu saya berada di Sabah. Semua ini menginsafkan saya betapa kehidupan yang kita hadapi ini adalah penuh dengan pelbagai cabaran, rintangan dan kesusahan tetapi kita harus menghadapinya dengan hati yang tabah dan tenang.

Mengapa saya memblog?

Difailkan di bawah: Luahan rasa — muhammadridwanto @ 2:10 am

Tinta kali ini saya ingin menukilkan mengapa saya menulis di ruangan blog? Sejak dari dulu lagi saya mempunyai minat (tidak mendalam sangat) untuk menulis dan berkongsi dengan massa pendirian,pendapat dan idea yang saya ada.Secara tidak langsung sebagai tanda peringatan atau pun tazkirah buat diri ini. Apabila menulis saya dapat rasakan kepuasan dalam diri serta seperti melepaskan beban yang amat besar. Begitu juga dengan hobi saya suka membaca. Saya teringat kata-kata yang dinukilkan oleh Tuan guru Nik Aziz, dengan membaca seolah-olah kita telah menyedut pengalaman yang di alami oleh sang penulis. Betapa tidak, kesusahan serta jerit perih menulis sehingga tercipta sebuah buku dapat si pembaca menyedut segala isi yang tertuang hanya dalam tempoh tidak sampai sehari bagi buku yang mempunyai 300 halaman.

Justeru, saya bagaikan tersentak memikirkan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz. Fikiran saya melayang memikirkan nasihat yang di kemukakan oleh Dr Aidh Al Qarni dalam bukunya , La Tahzan, betapa kesedihan yang kita alami akan hilang apabila kita hiasi hari-hari mendatang dengan membaca. Bukan kah buku teman yang tidak berbicara malah apabila membaca mengasyikkan diri yang sedang duka nestapa. lagi-lagi yang dibaca itu kalimah Allah, al-Quran.

Menyusul pula pandangan Buya Hamka , apabila kita membaca ,mahu atau tidak pastinya idea yang kita perolehi akan kita curahkan melalui pena. Makanya, saya wujudkan blog ini agar idea serta pendapat yang saya ada, dapat dituangkan di blog ini. Kini terlalu banyak blog wujud. Saya amat terhibur berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan blogger yang mencurahkan idea, pengalaman serta yang paling penting berkongsi ilmu dengan teman maya yang lain. Asyik…

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.