Hari ini, penghulu segala hari, Jumaat yang barakah (berkat). Saya sentiasa berdoa kepada Ilahi agar segala urusan saya dipermudahkan , kehidupan yang saya tempuhi akan mendapat pertolongan dari Ilahi. Kadangkala saya sentiasa dihujani pertanyaan oleh individu-individu tertentu, mengapa saya berkahwin terlalu awal, walaupun usia saya tidak terlalu muda, 24 tahun ketika itu tetapi faktor saya belum lagi menamatkan pengajian di UTM seolah-olah ia satu dosa besar kerana berkahwin di waktu belajar. Timbul pertanyaan di benak saya, mengapa isu perkahwinan ketika belajar ramai orang persoalkan, tetapi masalah muda mudi yang tidak keharuan melakukan maksiat zina ini tidak dibincangkan secara tuntas? Mengapa yea? Semalam, saya diherdik oleh seorang kawan kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat saya sebutkan di sini, tetapi amat mendukacitakan saya di herdik dan hina sebegitu rupa. Hanya Allah yang tahu betapa tersentak dan sedihnya hati saya. Namun, saya buat biasa saja, anggap seperti tiada apa yang berlaku. Hidup ini harus diteruskan, janganlah kerana masalah yang tidak seberapa ini motivasi saya jatuh merundum. Banyak lagi perkara penting yang harus saya fikirkan. Doa tetap saya panjatkan pada Allah. Kini, saya perlu kuat bekerja kerana tinggal beberapa bulan lagi isteri saya akan melahirkan putera atau pun puteri sulung kami. Pelbagai perasaan menjelma di hati saya. Takut, bimbang, gembira, dan lain-lain perasaan yang sentiasa berkunjung di ruang hati saya. Apa pun, hidup mesti diteruskan..


